4 Syurga
48-Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;
49-seolah-olah mereka telur yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
38 Shod 38
50-, lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.
51- dalam Syurga itu sambil berbaring ; mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.
52-Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu , lagi yang sebaya umurnya.
53-Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal!
54-Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; –
55-Nikmat-nikmat ini . Dan Bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim seburuk-buruk tempat kembali, –
51-Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa di tempat tinggal yang aman sentosa. –
52-Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,
53-Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; sentiasa berhadap-hadapan.
54-Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
55-Mereka meminta – di dalam Syurga itu – tiap-tiap jenis buah-buahan, dalam keadaan aman sentosa.
44 KAbut 44
56-Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;
57-sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu ; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
58-Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu , ialah supaya mereka beringat dan insaf.
Comments
Post a Comment