State of Sabat 34 - Last Continue Contract
21st Prophet
34-Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat HIDUP KEKAL. Maka kalau engkau meninggal dunia, adakah mereka akan hidup selama-lamanya?
8-Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan KEKAL HIDUP selama-lamanya.
Negeri Sabat 34
-3443-
43-Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata, berkatalah mereka : “Orang ini tidak lain hanyalah seorang lelaki yang hendak menghalang kamu daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kamu”; dan mereka berkata lagi: ini tidak lain hanyalah kata-kata dusta yang direka-reka”; dan berkatalah orang-orang yang kafir terhadap kebenaran ketika datangnya kepada mereka: “ini tidak lain hanyalah sihir yang terang nyata”.
44-Dan Kami tidak pernah memberi kepada mereka Kitab-kitab untuk mereka membaca dan mengkajinya, dan Kami juga tidak pernah mengutus kepada mereka sebelummu seseorang Rasul pemberi amaran.
45-Dan umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan, sedang mereka itu tidak: mencapai satu persepuluh yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu . Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu.
46-Katakanlah : “Aku hanyalah MENGAJAR dan MENASIHATI kamu dengan SATU PERKARA SAHAJA, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara BERDUA , atau SEORANG DIRI; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya ”. Sebenarnya tidak ada pada yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila ; ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat.
47-Katakanlah : “Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah, dan Ia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu”.
48-Katakanlah lagi: “Sesungguhnya TuhanKu, menurunkan wahyu dengan perkara yang benar; Ia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yang ghaib”.
49-Katakanlah lagi: “Telah datang kebenaran , dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat”.
50-Katakanlah lagi: “Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat”.
51-Dan jika engkau melihat ketika mereka gelisah takut serta mereka tidak mendapat jalan mengelaknya, dan mereka pun diambil dari TEMPAT MEREKA BERADA.
52-Dan mereka berkata: "Kami sekarang beriman kepada kebenaran yang di bawa oleh Nabi MUHAMMAD"; dan bagaimana caranya mereka dapat mencapai iman DARI TEMPAT yang JAUH?
53-Pada hal mereka telah mengingkarinya SEBELUM itu, dan mereka pula selalu melemparkan tuduhan-tuduhan buta terhadap kebenaran itu DARI TEMPAT yang JAUH?
54-Dan disekatlah di antara mereka dengan yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka PADA MASA YANG LALU; sesungguhnya mereka DAHULU berada dalam keadaan syak yang meragukan.
Comments
Post a Comment