8 to 10 Years
28:27-BAPA perempuan itu berkata : “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama 8 tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi 10 tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”.
28:28-Musa menjawab: “Perjanjian itu adalah antaraku denganmu ; yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan. Dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa yang kita katakan itu”.
28:29-Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan berjalan dengan isterinya , ia melihat api dari sebelah Gunung Tursina. berkatalah ia kepada isterinya: “Berhentilah; sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ, atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri”.
-3337- Dan ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “JANGAN ceraikan isterimu itu dan BERTAQWALAH kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti . Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya , Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya . Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku. |
MATIUS 13
Comments
Post a Comment