2-Surah Al-Baqarah

2- Sapi Betina

[1]

Alif, Laam, Miim.

[2]

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;

[3]

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

[4]

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu , dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan hari akhirat .

[5]

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

[6]

Sesungguhnya orang-orang kafir , sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

[7]

, Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

[8]

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

[9]

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

[10]

Dalam hati mereka terdapat penyakit , maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta .

[11]

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

[12]

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

[13]

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui .

[14]

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok ".

[15]

Allah memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka .

[16]

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

[17]

Perbandingan hal mereka samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat .

[18]

Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali .

[19]

Atau seperti hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. , sedang Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.

[20]

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka , mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka . Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[21]

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

[22]

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit sebagai bangunan ; dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui .

[23]

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba kami , maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

[24]

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu , yang disediakan untuk orang-orang kafir.

[25]

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya , dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

[26]

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya , iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" : Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;

[27]

orang-orang yang merombak perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

[28]

Bagaimana kamu tergamak kufur Allah padahal kamu dahulunya mati , kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula ; akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya .

[29]

Dia lah yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[30]

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya : "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

[31]

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

[32]

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau ! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

[33]

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

[34]

Dan ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

[35]

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

[36]

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa ".

[37]

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah , lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani.

[38]

Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu , maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

[39]

Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

[40]

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, .

[41]

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

[42]

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

[43]

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua bersama-sama orang-orang yang rukuk.

[44]

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

[45]

Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

[46]

mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

[47]

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas orang-orang .

[48]

Dan peliharalah diri kamu dari hari , yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain sedikitpun , dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka tidak akan diberi sebarang pertolongan.

[49]

Dan ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.

[50]

Dan ketika kami belahkan laut untuk kamu lalui , maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.

[51]

Dan ketika kami berjanji kepada Nabi Musa empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim .

[52]

Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.

[53]

Dan ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab dan keterangan-keterangan , supaya kamu mendapat petunjuk.

[54]

Dan ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani".

[55]

Dan ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang ". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

[56]

Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati , supaya kamu bersyukur.

[57]

Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", : "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami , tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.

[58]

Dan ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk ; dan berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik".

[59]

Kemudian orang-orang yang zalim itu mengubah perkataan yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik .

[60]

Dan ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", , lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. : "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

[61]

Dan ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas , serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur ayat-ayat Allah ; dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

[62]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora , dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[63]

Dan , ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu : "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.

[64]

Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu ; maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu , nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.

[65]

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui orang-orang di antara kamu yang melanggar pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

[66]

MAKA Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada PADA MASA ITU dan orang-orang yang DATANG KEMUDIAN, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang BERTAQWA

[67]

Dan , ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil ".

[68]

Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".

[69]

Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".

[70]

Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami , dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk ".

[71]

Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah , dan tidak pula untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan itu.

[72]

Dan , ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.

[73]

Maka Kami berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" . Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.

[74]

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

[75]

maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah , kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui ?

[76]

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu untuk menjadikannya hujah yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"

[77]

dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?

[78]

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong , dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

[79]

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka , kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

[80]

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah : "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"

[81]

, sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

[82]

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

[83]

Dan , ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil : "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

[84]

Dan , ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: " janganlah kamu menumpahkan darah sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi .

[85]

Kemudian kamu ini , kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan , Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

[86]

Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka , dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.

[87]

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus . Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu sombong takbur , sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?

[88]

Dan mereka berkata pula: "Hati kami tertutup ". bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.

[89]

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah , yang mengesahkan apa yang ada pada mereka , sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon kemenangan atas kaum kafir musyrik . Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya , mereka mengingkarinya; maka , laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.

[90]

Sejahat-jahat perkara ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya . Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.

[91]

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah ", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami ". Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah : "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".

[92]

Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan kemudian kamu menyembah anak lembu sepeninggalannya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim.

[93]

Dan ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu : "Ambilah yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah ". Mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah :" Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman".

[94]

Katakanlah : "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain , maka cita-citakanlah mati , jika betul kamu orang-orang yang benar".

[95]

Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

[96]

Demi sesungguhnya engkau akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup , dan melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab . Dan , Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.

[97]

Katakanlah : "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya , serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman".

[98]

Sesiapa memusuhi Allah dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.

[99]

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat keterangan yang jelas nyata , dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

[100]

Patutkah dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.

[101]

Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah , yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui .

[102]

Mereka dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir ; kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil , sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan , oleh itu janganlah engkau menjadi kafir ". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

[103]

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa ; sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.

[104]

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", , sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu ; dan orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[105]

Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

[106]

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan , atau yang Kami tinggalkan , Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

[107]

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

[108]

Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus.

[109]

Banyak di antara Ahli kitab suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran . Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu , sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[110]

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.

[111]

Dan mereka berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah : "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

[112]

bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[113]

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan "; dan orang-orang Nasrani pula berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan "; padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing . Demikian juga orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

[114]

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah . Mereka akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

[115]

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas , lagi sentiasa Mengetahui.

[116]

Dan mereka berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah , bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya.

[117]

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi ; dan apabila Ia berkehendak suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.

[118]

Dan yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: "Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami atau datang kepada kami sesuatu keterangan ?" Demikian pula orang-orang yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka adalah bersamaan . Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin.

[119]

Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau dengan kebenaran, pembawa khabar gembira dan pembawa amaran . Dan , engkau tidak akan diminta tentang ahli neraka.

[120]

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut ugama mereka . Katakanlah : "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu , maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

[121]

Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan , mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

[122]

Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan kamu atas umat-umat yang lain .

[123]

Dan peliharalah diri kamu dari hari kiamat seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong .

[124]

Dan , ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah , maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: " Jadikanlah juga dari keturunanku ". Allah berfirman: " janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."

[125]

Dan ketika Kami jadikan Rumah Suci itu tempat tumpuan bagi umat manusia dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail : "Bersihkanlah Rumahku untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf , dan orang-orang yang rukuk dan sujud".

[126]

Dan ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara , kemudian Aku memaksanya ke azab neraka, dan seburuk-buruk tempat kembali".

[127]

Dan ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami ; sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

[128]

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

[129]

"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan mereka . Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

[130]

Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang .

[131]

ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri !" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

[132]

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan Nabi Yaakub katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".

[133]

! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri ".

[134]

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya tentang apa yang telah mereka lakukan.

[135]

Dan mereka berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".

[136]

Katakanlah : "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami , dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa , dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka ; dan kami semua adalah Islam kepada Allah semata-mata".

[137]

Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman , maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan ; oleh itu kerana Allah akan memeliharamu dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[138]

celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam; dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? dan kepadaNyalah kami beribadat".

[139]

Katakanlah : "Patutkah kamu membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu , dan kami adalah ikhlas kepadaNya;

[140]

"Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, ?" Katakanlah : "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan , Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

[141]

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya tentang apa yang mereka telah lakukan.

[142]

Orang-orang bodoh akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah : "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - ; Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".

[143]

Dan demikianlah , Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu , melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah dan sesungguhnya itu adalah amat berat kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang .

[144]

Kerap kali Kami melihat engkau , berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam ; dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

[145]

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan , mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan , sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.

[146]

Orang-orang yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui .

[147]

Kebenaran itu , adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

[148]

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua ; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[149]

Dan dari mana sahaja engkau keluar , maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam ; dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan , Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

[150]

Dan dari mana sahaja engkau keluar , maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam ; dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi alasan bagi orang-orang , kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka . Maka janganlah kamu takut kepada mereka, dan takutlah kamu kepada Ku ; dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah .

[151]

, samalah seperti Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu , yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu , dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

[152]

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur .

[153]

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang-orang yang sabar

[154]

Dan janganlah kamu mengatakan sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup , tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

[155]

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

[156]

orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

[157]

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

[158]

Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

[159]

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

[160]

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki serta menerangkan ; maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

[161]

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya.

[162]

Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian.

[163]

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[164]

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan pertukaran malam dan siang; dan kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga peredaran angin dan awan yang tunduk terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya ada tanda-tanda bagi kaum yang menggunakan akal fikiran.

[165]

, ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah sekutu-sekutu , mereka mencintainya, sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, .

[166]

ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan terputusnya segala hubungan di antara mereka.

[167]

Dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami !" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

[168]

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

[169]

Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan supaya kamu berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui .

[170]

Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: ", bahkan kami menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu , dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah ?

[171]

DAN BANDINGAN orang-orang kafir ,SAMALAH seperti orang yang berteriak MEMANGGlL binatang yang TIDAK DAPAT MEMAHAMI selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang PEKAK, BISU dan BUTA; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan AKALNYA.

[172]

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

[173]

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas , maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[174]

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka , dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[175]

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk , dan azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.

[176]

itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran ; dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh .

[177]

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar ; dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

[178]

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya , maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik , dan hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[179]

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

[180]

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik , sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.

[181]

Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[182]

Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa , lalu ia mendamaikan antara mereka , maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[183]

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

[184]

Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, , kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui.

[185]

bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan , maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa , dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

[186]

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka : sesungguhnya Aku sentiasa hampir ; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku , dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

[187]

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam ; dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

[188]

Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan dosa, padahal kamu mengetahui .

[189]

Mereka bertanya kepadamu mengenai anak-anak bulan. Katakanlah: " anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."

[190]

Dan perangilah kerana ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh ; kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

[191]

Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu , maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.

[192]

Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu ; kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[193]

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

[194]

bulan yang dihormati itu ialah dengan bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu , ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

[195]

Dan belanjakanlah kerana ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan ; dan baikilah perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

[196]

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu , sebelum binatang Dam itu sampai di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya , hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, hingga masa ibadat Haji, menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat , maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali ; semuanya itu sepuluh cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap masjid Al-Haraam . Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya .

[197]

Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri ; dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal .

[198]

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu . Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam , dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

[199]

Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[200]

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

[201]

Dan di antara mereka pula ada yang berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

[202]

Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

[203]

Dan sebutlah kamu akan Allah dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan maka ia juga tidaklah berdosa; bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.

[204]

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati , dan ia Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya .

[205]

Kemudian apabila ia pergi , berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.

[206]

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan dosa . Oleh itu padanlah ia neraka jahannam dan demi sesungguhnya, adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

[207]

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

[208]

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

[209]

Maka kalau kamu tergelincir , sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[210]

tidak menunggu melainkan kedatangan Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat , padahal telahpun diputuskan perkara itu ; dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.

[211]

Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka ? dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.

[212]

Kehidupan dunia diperhiaskan pada orang-orang kafir, sehingga mereka memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa lebih tinggi daripada mereka pada hari kiamat kelak. Dan , Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira .

[213]

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu , maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran ; dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka , dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus .

[214]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan , sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat .

[215]

Mereka bertanya kepadamu : apakah yang akan mereka belanjakan ? Katakanlah: "Apa jua harta benda yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan , apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya .

[216]

Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan , Allah jualah Yang mengetahui , sedang kamu tidak mengetahuinya.

[217]

Mereka bertanya kepadamu , mengenai berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat ke Masjid Al-Haraam , serta mengusir penduduknya dari situ, adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan , angkara fitnah itu lebih besar daripada pembunuhan . Dan mereka sentiasa memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup ; dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari ugamanya , lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya .

[218]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah , mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan , Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[219]

Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan ? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan . Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya supaya kamu berfikir:

[220]

Mengenai di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu , mengenai anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu ; dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu . Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[221]

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman ; dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran .

[222]

Dan mereka bertanya kepadamu , mengenai haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

[223]

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

[224]

Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan , Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

[225]

Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan , tetapi Ia mengira kamu bersalah dengan sebab sumpah yang diusahakan oleh hati kamu . Dan , Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

[226]

Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali , maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[227]

Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak , maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

[228]

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka selama tiga kali suci . Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka dengan cara yang sepatutnya ; dalam pada itu orang-orang lelaki mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan . Dan , Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[229]

Talak dua kali. Sesudah itu bolehlah ia memegang terus dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya . Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

[230]

Sesudah , itu jika diceraikan pula maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan , maka mereka berdua tidaklah berdosa untuk kembali , jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang mengetahui dan memahaminya.

[231]

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kemudian mereka habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman ; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan . Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[232]

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri , lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu menahan mereka daripada berkahwin semula dengan suami mereka, apabila mereka bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik . Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan , Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.

[233]

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut . kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah . Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

[234]

Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik . Dan , Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

[235]

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan , untuk meminang perempuan , atau tentang kamu menyimpan dalam hati . Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, , akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

[236]

Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh dengan mereka atau kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" kepada mereka . Iaitu: suami yang senang menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang berbuat kebaikan.

[237]

Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya . Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

[238]

Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta , dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.

[239]

Dan jika kamu takuti maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah , sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

[240]

Dan orang-orang yang mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar maka tidaklah kamu bersalah mengenai apa yang mereka lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[241]

Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa.

[242]

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hukumnya supaya kamu memahaminya.

[243]

Tidakkah engkau ketahui tentang orang-orang yang keluar dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia , tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

[244]

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah ; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[245]

Siapakah orangnya yang memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan , Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

[246]

Tidakkah engkau ketahui , tentang ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan , Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

[247]

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan , Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas , lagi meliputi ilmuNya.

[248]

Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman".

[249]

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". mereka meminum juga dari sungai itu , kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum : "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak , golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah bersama-sama orang-orang yang sabar".

[250]

Dan apabila mereka keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

[251]

Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud membunuh Jalut. Dan Allah memberikan kepadanya kuasa pemerintahan, dan hikmat serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia dengan setengahnya yang lain nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

[252]

Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul Allah.

[253]

Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain . Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran , serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus . Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan . Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

[254]

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman , serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

[255]

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan . Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki . Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; DAN TIADALAH MENJADI KEBERATAN kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi , lagi Maha Besar

[256]

Tidak ada paksaan dalam ugama , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan . Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh yang tidak akan putus. Dan , Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[257]

Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya . Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan . Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

[258]

Tidakkah engkau memikirkan tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu . Dan , Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

[259]

Atau tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan negeri ini sesudah matinya ? " Lalu ia dimatikan oleh Allah selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal ?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" , bahkan engkau telah tinggal selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu , dan Kami menjadikan engkau sebagai tanda bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya , berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya , sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

[260]

Dan ketika Nabi Ibrahim berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya ?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan , akan tetapi supaya tenteram hatiku ". Allah berfirman: ", ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu . Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[261]

Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan , Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

[262]

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit , dan tidak pula menyinggung atau menyakiti , mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[263]

dengan perkataan yang baik dan memaafkan adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi menyakitkan hati. Dan , Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

[264]

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan menyakiti, seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia , dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin . mereka tidak akan mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan. Dan , Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

[265]

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun . Dan , Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

[266]

Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir .

[267]

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya , padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu , kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

[268]

Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan , dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji ; sedang Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan , Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

[269]

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya . Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

[270]

Dan , apa sahaja yang kamu belanjakan atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan , orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.

[271]

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu , maka yang demikian adalah baik . Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan , Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

[272]

Tidaklah engkau diwajibkan menjadiKan mereka mendapat petunjuk , akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya . Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan maka adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan kepada kamu, dan kamu tidak dikurangkan.

[273]

Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya pada jalan Allah , yang tidak berupaya mengembara di muka bumi ; mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan , apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

[274]

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

[275]

Orang-orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan dari Tuhannya lalu ia berhenti , maka apa yang telah diambilnya dahulu adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

[276]

Allah susutkan riba dan Ia pula mengembangkan sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

[277]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[278]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

[279]

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan , maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, . Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

[280]

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan bahawa kamu sedekahkan hutang itu adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui .

[281]

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

[282]

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan . Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan , maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan , maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan , Allah mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[283]

Dan jika kamu berada dalam musafir , sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang . Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang , maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan , Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

[284]

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya Dan , Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[285]

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. : "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

[286]

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Comments

Popular Posts