Champagne Supernova of Champion Supernova-MH179

Pesawat MAS MH179 berpatah balik


SHAH ALAM - Sebuah pesawat MAS MH179 difahamkan telah berpatah balik selepas berpusing-pusing di perairan selat Melaka selama dua jam.

Menurut Twitter Flightradar24, pesawat yang yang menuju ke Colombo, Sri Lanka itu terbang dengan membuat bulatan di perairan barat Pulau Ketam sejam jam 11.30 malam.

Dalam twitter Flightradar24 pada jam 1.30 pagi menyebut, pesawat itu sedang berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas dua jam membakar bahan api untuk mengurangkan berat sewaktu mendarat.

Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 20 minit kemudian.

Namun, sehingga kini tiada maklumat berhubung mengapa pesawat ini berpatah balik ke KLIA.








Comments

Popular Posts